Showing posts with label Sinopsis Buku. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Buku. Show all posts

Monday, 31 October 2016

Sinopsis: Heroku Pakai Apron (Karya Raishah Deen)


Diskaun 60% (Sementara stok masih ada)

Dapatkan buku anda di sini:  http://bit.ly/2ergayB


Kebahagiaan Suraya membeli-belah di kota London bertukar tragedi apabila sikap borosnya mula memakan diri.  Tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan dirinya kecuali Hisham, lelaki yang kadangkala baik, kadangkala menjengkelkan.
Pertolongan Hisham datang dengan diiringi syarat! Suraya dikehendaki untuk bersetuju menandatangani kontrak transformasi Cik Shopaholic kepada Cik Minimalis. Suraya terpaksa akur dek kerana hutang keliling pinggang walaupun hatinya terus-terusan membantah.
Mampukah Suraya bertukar menjadi Cik Minimalis? Apakah kesudahan hubungan Suraya dan Hisham? Ketahui kisah Suraya dalam novel Heroku Pakai Apron!

ISBN-13: 978-967-401-196-3 

Tarikh Terbit: 5 Aug 2013
Jumlah Muka Surat : 312

Berat (KG) : 0.25
Kategori: Novel DewasaRemaja,Remaja Umum, Cinta
Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Sinopsis: Manik Merah Jambu (Karya Ney Joehan)


Diskaun 60% (sementara stok masih ada)

 
Dapatkan buku anda di sini:  http://bit.ly/2eeE7LH

Meeya dan Aishah, dua gadis dari latar belakang yang berbeza.  Pelajar sekolah antarbangsa dan pelajar sekolah biasa.  Namun mereka punya minat dan cita-cita yang sama.  Manik, butang dan labuci menjadi sahabat mereka.  The Golden Wardrobe mula dikenali kerana rekaan unik mereka.  Rancangan mereka mula dicemburui... Mampukah mereka mencapai cita-cita mereka?

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5226-67-0 
Tarikh Terbit: 2 Nov 2009
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (KG) : 0.21



Tuesday, 25 October 2016

Sipnopsis Buku: Perahu Kertas (Karya Dee)

Dapatkan buku anda di sini:  http://bit.ly/2dRvMgQ


Sinopsis:

Namanya Kugy. Kecil molek, pengkhayal dan berantakan. Dari benaknya, mengalir untaian dongeng indah. Keenan belum pernah bertemu manusia seaneh itu.
...
Namanya Keenan. Cerdas, artistik dan penuh kejutan.Dari tangannya, terlahir lukisan-lukisan magis.Kugy belum pernah bertemu manusia seajaib itu.
...
Dan kini mereka berhadapan di antara hamparan misteri dan rintangan.Akankah dongeng dan lukisan itu bersatu?Akankah hati dan impian mereka bertemu?


Format: Paperback
ISBN-13: 9789675783562 
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
Berat (KG): 0.40
Penulis: Dee



Catatan peribadi:

Buku ini pernah aku baca sekitar tahun 2011 atau 2012.  Ketika aku masih lagi menuntut di sebuah universiti di utara tanah air.  Dibeli sewaktu ekspo di dewan utama.  

Jika ingatanku tidak salah, hanya sebuah, ya hanya ada sebuah sahaja buku ini yang kelihatan dalam lambakan novel-novel.  

Ia ibarat permata dalam lambakan kaca.  Mengamit perhatianku dengan tajuk yang sederhana tapi memikat.  Muka hadapan buku yang keanak-anakan.  Benar-benar mengingatkanku pada masa lalu. Zaman gemilang kanak-kanak.

Dulu, lama dahulu, kami sering membuat perahu kertas.  Lalu, perlahan-lahan kami lepaskan, biar terapung, beralun mengikut rentak halus alunan air bah.

Tidak pernah bertahan bahtera kami.  Pastinya karam dipukul bah.

Tidak mengapa.  Kami bikin lagi.  Biar ada perahu lain yang menongkah samudera.

Buku ini kubeli dengan angan-angan, ada dalamnya, tersimpan kemas, kisah indah anak kecil.  Anak kecil yang punya cita dan harapan.

Sungguh, perahu kertas kami adalah bahtera agung penongkah samudera.

Jika dahulu kita tidak pernah mengalah pada keadaan.  

Mengapa harus sekarang?

Monday, 24 October 2016

Sinopsis Buku: Tuan Direktur (Karya Hamka)


Dapatkan buku anda di sini:  http://bit.ly/2dPqlik


Dengarlah ini wahai sahabat akan sasterawan Hamka berkisah; mengenai negeri yang mewah. Harta dan wang melimpah, hingga manusia hilang maruah.


"Kota yang kaya dalam sebutan, serta menjadi pusat pula bagi perniagaan besar dan kecil di Indonesia.  Ini ialah Surabaya.  Kaya dalam sebutan, sebab tanjungnya orang namakan Tanjung Perak, kalinya Kali Mas dan gunungnya Gunung Ringgit."

Begitu hebat gelar diberi.  Tiap mendengar pasti terpegun.


"Surabaya kota perniagaan antarabangsa.  Kapal-kapal dagang yang akan ke Hong Kong, sampai ke Kobe sana, demikian juga ke Amerika, sentiasa melalui Surabaya."

Mahsyurnya nama tidak terkira, dari laut dan darat pedagang menerpa.  


"Jazuli, demikian namanya, seorang saudagar yang keras hati."

Sudahnya lumrah anak muda, ingin menempa nama.  Maka iktikad dibina sekerasnya bagi meneroka Surabaya.  

Sekarang dia sudah tahu wang itu boleh dijadikan titian untuk menyeberangi batang air kekurangan, dengan wang segala maksud boleh berhasil.

Apakah kesudahanya?  

Adakah dia akan dibutakan oleh dunia?


================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25"
ISBN-13: 978-967-411-645-3
Tarikh Terbit: 21 Aug 2015
Jumlah Muka Surat : 144
Berat (kg) : 0.10
=================




Friday, 30 September 2016

Sinopsis Buku: Merantau ke Deli (Karya Hamka)


Dapatkan buku anda di sini http://bit.ly/2cQFxLX


Untuk novel ini, Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.
Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.
Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?

==============

Format: Paperback

Saiz: 4.5cm x 7.25cm
ISBN-13: 978-967-411-476-3 
Tarikh Terbit: 22 Jul 2015
Jumlah Muka Surat : 240
Berat: 0.17 kg
Penulis:  Hamka
===============


Tuesday, 27 September 2016

Sinopsis Buku: Suamiku Mr. Boss (P2U)


Dapatkan buku anda di sini http://bit.ly/2cJR5jN


NAIM HAZIQ, seorang lelaki kota yang berasal daripada keluarga berada telah jatuh cinta pandang pertama dengan SAFIA HANA, seorang gadis desa yang hidup sederhana. Naim memerlukan Safia hidup di sisinya kerana gadis itu penuh dengan jiwa penyayang. Manakala Safia yang masih muda dan naif memerlukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya menjadi seorang wanita dewasa yang matang.
Sebelum kahwin, Safia rasa dia tepat memilih Naim. Lelaki itu sempurna di matanya. Walau apa juga rintangan, dia terima asalkan dapat hidup bahagia dengan Naim. Hakikatnya dia tidak tahu Naim sebenarnya seorang lelaki kaki buli dan sudah mengatur rancangan untuk mengawal hidupnya. Maka hidup Safia jadi kacau-bilau kerana sikap Naim yang kuat cemburu, panas baran dan suka mengongkong.
“Semua perkara yang Safia nak buat kena beritahu abang dulu. Kalau tak ada hal penting duduk kat rumah aje, tak payahlah nak merayap pergi mana-mana. Kalau nak pergi ke mana-mana juga kena ditemani bodyguard. Tak boleh balik malam. Aktiviti berbahaya macam panjat gunung, jungle tracking, scuba diving, payung terjun dan segala aktiviti berlumba jangan haraplah abang akan izinkan.” Naim membebel panjang.
Meluap hati Safia mendengarnya. “Teruklah abang ni. Perangai macam budak-budak. Kalau abang banyak kerenah lagi, Safia ternak lipas baru abang tahu.”
Serta-merta bulu roma Naim meremang apabila mendengar ugutan itu. Dalam diam, dia menelan air liur. Sejak kecil lagi dia memang takutkan lipas!
“Good night, sweetheart. I love you,” bisik Naim.
Eh, eh... Tadi garang, sekarang jadi romantik pulak? Tak payahlah nak cover macho. Tak handsome pun!
“Good night, Mister Boss. I hate you.” Safia membalas geram.
Naim tersenyum mendengarnya. Dia tak kisah apa juga tanggapan Safia terhadapnya. Biar Safia rasa terkongkong hidup dengannya asalkan hatinya berasa tenang dan bahagia. 

===========================
Format: Paperback
ISBN: 978-967-0567-28-0
Tarikh terbitan : 10 Apr 2014
Jumlah Muka Surat:754
Berat(kg): 0.6
Penulis: Elin Nadia
===========================


Sinopsis Buku: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Dapatkan buku anda di sini http://bit.ly/2dzq3NV


Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencillkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati.


Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.

Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. 


Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. 

==========

NOTA PENERBIT
==========

PTS MEDIA GROUP adalah satu-satunya penerbit Malaysia yang diberikan hak bagi menerbitkan kembali karya-karya HAMKA di Malaysia.

Pihak penerbit tidak mengubah bahasa dan ejaan yang digunakan oleh HAMKA bagi mengekalkan keaslian karya dan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Pihak penerbit juga memberikan glosari di bahagian belakang buku pada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh pembaca di Malaysia.

===================
Format: Paperback

Saiz: 4.5 x 7.25
ISBN-13: 978-967-411-475-6 
Tarikh Terbit: 14 Apr 2015
Jumlah Muka Surat: 304
Berat: 0.23 Kg

===================

Sinopsis Buku: Ranah 3 Warna


Dapatkan buku anda di sini  http://bit.ly/2cBkRJj


Alif baru sahaja tamat belajar di Pondok Madani. Dia bahkan sampai bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Impiannya? Tinggi betul. Mahu belajar teknologi tinggi seperti Habibie, lalu merantau sampai ke Amerika.
Terinspirasi semangat pasukan Denmark, Alif mendobrak rintangan berat. Baru sahaja dia tersenyum, badai lain menggempurnya silih berganti tanpa ampun. Alif letih dan mulai bertanya-tanya, "Sampai bilakah aku perlu teguh bersabar menghadapi semua dugaan hidup?" Dia hampir-hampir menyerah.
Rupa-rupanya mantera man jadda wajada sahaja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat mantera kedua yang diajarkan di Pondok Madani. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Berbekalkan kedua-dua mantera itu, Alif menyongsong badai hidup satu persatu. Dapatkah dia memenangkan semua impiannya?
Ranah 3 Warna adalah hikayat tentang bagaimana impian tetap wajib dibela habis-habisan walau hidup digelung nestapa tidak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.
===================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5783-58-6 
Tarikh Terbit: 15 Apr 2011
Berat (kg): 0.43
Penulis: A. Fuadi
===================