Showing posts with label A. Fuadi. Show all posts
Showing posts with label A. Fuadi. Show all posts

Tuesday, 27 September 2016

Sinopsis Buku: Ranah 3 Warna


Dapatkan buku anda di sini  http://bit.ly/2cBkRJj


Alif baru sahaja tamat belajar di Pondok Madani. Dia bahkan sampai bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Impiannya? Tinggi betul. Mahu belajar teknologi tinggi seperti Habibie, lalu merantau sampai ke Amerika.
Terinspirasi semangat pasukan Denmark, Alif mendobrak rintangan berat. Baru sahaja dia tersenyum, badai lain menggempurnya silih berganti tanpa ampun. Alif letih dan mulai bertanya-tanya, "Sampai bilakah aku perlu teguh bersabar menghadapi semua dugaan hidup?" Dia hampir-hampir menyerah.
Rupa-rupanya mantera man jadda wajada sahaja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat mantera kedua yang diajarkan di Pondok Madani. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Berbekalkan kedua-dua mantera itu, Alif menyongsong badai hidup satu persatu. Dapatkah dia memenangkan semua impiannya?
Ranah 3 Warna adalah hikayat tentang bagaimana impian tetap wajib dibela habis-habisan walau hidup digelung nestapa tidak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.
===================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5783-58-6 
Tarikh Terbit: 15 Apr 2011
Berat (kg): 0.43
Penulis: A. Fuadi
===================

Monday, 26 September 2016

Ada apa pada nama?



A. Fuadi nama yang ringkas tapi cukup kuat. 

Mengimbau kembali kali pertama aku melihat nama penulis ini di Book Garden, aku terhenti di depan buku beliau kerana dua perkara; nama pengarang dan nama bukunya.




Lambakan buku di pasaran boleh membuat pembaca rambang mata atau mati kutu untuk memilih karya yang menarik.

Jadi, ada apa pada nama?

Dalam bidang penulisan nama pena merupakan imej bagi seorang penulis.  Ia merupakan pandangan pertama pembaca.  Penulis akan dinilai karakternya dan kualiti penulisannya daripada nama yang dibawa.

Genre penulisan juga haruslah bersesuaian dengan nama pena penulis.

Misalannya, Alison Potter menggunakan nama pena Ali Knight bagi novel thriller beliau.  Alasannya, nama sebenar beliau kedengaran membosankan dan tiada elemen “thriller”.  (Ali Knight)

Penulis terkenal siri Harry Potter juga disarankan agar tidak menggunakan nama sebenar beliau iaitu Joanne Rowling sebagai nama pena. 

Kenapa?

Target reader bagi buku J.K. Rowling adalah remaja lelaki.  Dikhuatiri mereka kurang berminat untuk membaca kisah pengembaraan remaja lelaki yang ditulis oleh seorang wanita.

Oleh itu, pemilihan nama amatlah penting dalam bidang penulisan.  Berbalik kepada A. Fuadi, beliau merupakan penulis bagi 3 buah buku bestseller.  Nama pena beliau merupakan singkatan daripada nama asal beliau, “Ahmad Fuadi”.

Cuba anda sebutkan dengan jelas dan kuat kedua- dua nama beliau:

“A. Fuadi”

“Ahmad Fuadi”

Dapatkah anda rasakan perbezaannya?  Nama manakah yang mempunyai pengaruh dan impak yang lebih kuat?

Secara ringkasnya, buku A. Fuadi mampu menyuntik inspirasi dan memberi motivasi kepada pembaca.  Bukan sekadar nama penulisnya yang hebat.  Karyanya juga begitu.

Sudi-sudikanlah untuk menilai karya A. Fuadi.

Anda pasti tidak akan kecewa.  In shaa Allah

Dapakan salinan anda di http://bit.ly/2d31WG9