Showing posts with label Hamka. Show all posts
Showing posts with label Hamka. Show all posts

Monday, 24 October 2016

Sinopsis Buku: Tuan Direktur (Karya Hamka)


Dapatkan buku anda di sini:  http://bit.ly/2dPqlik


Dengarlah ini wahai sahabat akan sasterawan Hamka berkisah; mengenai negeri yang mewah. Harta dan wang melimpah, hingga manusia hilang maruah.


"Kota yang kaya dalam sebutan, serta menjadi pusat pula bagi perniagaan besar dan kecil di Indonesia.  Ini ialah Surabaya.  Kaya dalam sebutan, sebab tanjungnya orang namakan Tanjung Perak, kalinya Kali Mas dan gunungnya Gunung Ringgit."

Begitu hebat gelar diberi.  Tiap mendengar pasti terpegun.


"Surabaya kota perniagaan antarabangsa.  Kapal-kapal dagang yang akan ke Hong Kong, sampai ke Kobe sana, demikian juga ke Amerika, sentiasa melalui Surabaya."

Mahsyurnya nama tidak terkira, dari laut dan darat pedagang menerpa.  


"Jazuli, demikian namanya, seorang saudagar yang keras hati."

Sudahnya lumrah anak muda, ingin menempa nama.  Maka iktikad dibina sekerasnya bagi meneroka Surabaya.  

Sekarang dia sudah tahu wang itu boleh dijadikan titian untuk menyeberangi batang air kekurangan, dengan wang segala maksud boleh berhasil.

Apakah kesudahanya?  

Adakah dia akan dibutakan oleh dunia?


================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25"
ISBN-13: 978-967-411-645-3
Tarikh Terbit: 21 Aug 2015
Jumlah Muka Surat : 144
Berat (kg) : 0.10
=================




Friday, 30 September 2016

Sinopsis Buku: Merantau ke Deli (Karya Hamka)


Dapatkan buku anda di sini http://bit.ly/2cQFxLX


Untuk novel ini, Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.
Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.
Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?

==============

Format: Paperback

Saiz: 4.5cm x 7.25cm
ISBN-13: 978-967-411-476-3 
Tarikh Terbit: 22 Jul 2015
Jumlah Muka Surat : 240
Berat: 0.17 kg
Penulis:  Hamka
===============


Tuesday, 27 September 2016

Sinopsis Buku: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Dapatkan buku anda di sini http://bit.ly/2dzq3NV


Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencillkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati.


Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.

Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. 


Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. 

==========

NOTA PENERBIT
==========

PTS MEDIA GROUP adalah satu-satunya penerbit Malaysia yang diberikan hak bagi menerbitkan kembali karya-karya HAMKA di Malaysia.

Pihak penerbit tidak mengubah bahasa dan ejaan yang digunakan oleh HAMKA bagi mengekalkan keaslian karya dan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Pihak penerbit juga memberikan glosari di bahagian belakang buku pada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh pembaca di Malaysia.

===================
Format: Paperback

Saiz: 4.5 x 7.25
ISBN-13: 978-967-411-475-6 
Tarikh Terbit: 14 Apr 2015
Jumlah Muka Surat: 304
Berat: 0.23 Kg

===================

Awak orang mana?

“Awak orang mana?” soal mereka.

“Pulau Pinang” kataku.

“Pulau Pinang di mana?” tanya mereka lagi.

“Kawasan pulau” balasku.

“Balik Pulau?” mereka mendesak.

“Tinggal di Jelutong tapi saya bukan orang Jelutong.  Cuma menetap di situ.”

“Eh, engkau ni apa yang susah sangat.  Aku orang Temerloh.  Dia orang Segamat.  Takkan asal mana pun tak tahu.”  

Sungguh aku dalam dilema bila asal usul ku dipersoal. 

Dengan bangga aku boleh berkata “saya orang Pulau Pinang” tapi sukar aku nak jelaskan secara tepat asalku. 

Orang Sungai Pinang kah? 

Orang Jalan Kampar?

Atau orang Kampung Dodol?

Keluargaku tak pernah tinggal setempat.  Pindah sana pindah sini.  Yang pasti aku anak jati Pulau Pinang.

***

Pensyarah Bahasa Inggeris aku juga pernah berkongsi dilema hidupnya. 

Dia bertanya “apakah faktor yang menentukan siapa diri kita?” 

“Adakah tempat kelahiran kita, tempat kita membesar,  ataupun di mana asalnya susur galur kita yang menjadikan siapa kita sebenarnya?”

Dia pun mula berkisah,

“Saya dilahirkan di Perak dan mak ayah saya orang Selangor .  Ayah saya merantau ke German.  Dari umur saya 3 tahun sampailah saya berumur 15 tahun saya bermaustatin di German.  Tingkatan 4 baru saya balik Malaysia.  Itu pun kena desak. 

Orang kata saya ni perasan Minah Salleh celup.   Hidung kembang ada hati nak mengaku orang German.  Bila saya kata saya orang Melayu, tetap juga ada yang tidak berpuas hati.  Ditanya pula awak orang mana?

Jadi saya nak tanya pendapat awak semua, saya ni kiranya orang mana?  Orang Perak, Selangor atau German? Yang mana satu saya nak ikut? Tempat kelahiran, tempat asal keturunan atau tempat dibesarkan?”

***

Pasti ada juga di antara kita yang mengalami dilema sebegini rupa.  Adakah kita dinilai dari mana asalnya kita?

Penulis tersohor Hamka turut membincangkan isu asal usul dan keturunan di dalam buku beliau yang berjudul “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”.



Dapatkan salinan anda di http://bit.ly/2dzq3NV

Ayuh! kita membaca dan menjadi orang yang hebat.  In shaa Allah


NOTA PENERBIT
PTS MEDIA GROUP adalah satu-satunya penerbit Malaysia yang diberikan hak bagi menerbitkan kembali karya-karya HAMKA di Malaysia.

Pihak penerbit tidak mengubah bahasa dan ejaan yang digunakan oleh HAMKA bagi mengekalkan keaslian karya dan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Pihak penerbit juga memberikan glosari di bahagian belakang buku pada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh pembaca di Malaysia.