Aiman meneliti satu persatu kertas usang di dalam kotak kasut itu.
Untaian tulisan jawi kemas yang semakin pudar itu diteliti.
"Banyaknya surat Tok?"
"Hurm, dulu-dulu orang tulis suratlah. Mana ada telefon."
"Susah la macam tu Tok. Bila tahun nak dapat berita. Macam sekarang ni ha, kejap je dah tahu apa jadi. Benda jadi dekat luar negara pun kita boleh tahu."
"Tok tak nak ke telefon bimbit? Aiman boleh belikan."
"Tok mana reti guna. Telefon rumah kan dah ada."
"Kalau Tok ada telepon pintar boleh la tengok gambar-gambar yang cucu-cucu Tok kongsi. Kan senang. Tak adalah Tok ketinggalan."
"Betul ke 'pintar' telefon tu?"
"Iye Tok, sekali 'klik' je kita dah boleh kongsi ilmu. Tok nak cari ilmu agama pun senang. Aaa Tok tengok ni 'Fadhilat memotong kuku'. " Kata Aiman sambil menayangkan skrin telefon pintarnya.
"Tok tak percayalah. Betul ke sahih hadis-hadis yang orang kongsi dalam apa nama tu Facebook?"
"Hehe.. betul la kot Tok. Kalau tak betul takkan orang nak Share."
"Ke pakat-pakat main 'klik' je?"
"Tapi Tok, benda macam Facebook ni lah yang bantu orang muda sekarang membaca."
"Itu yang silap. Ilmu ni kamu kena berguru tahu. Kalau kamu nak tahu banyak yang orang kongsi tu berita tak sahih."
"Macam mana kita nak tahu sahih ke tidak Tok? Kita bukannya Ustaz."
"Ni" kata Tok sambil mencapai senaskah buku dari meja sisi katilnya. "Baca buku ni, '40 kisah palsu tapi masyhur'. Di dalam buku ni ada dijelaskan tentang kisah-kisah palsu yang orang selalu sebarkan."
"Iya Tok. Nanti Aiman baca."
Dapatkan buku anda di sini: http://bit.ly/2g52TkB
SINOPSIS
Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)
===================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-703-0
Tarikh Terbit: 19 Oct 2015
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (kg) : 0.26
===================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-703-0
Tarikh Terbit: 19 Oct 2015
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (kg) : 0.26
===================
ISI KANDUNGAN:
Bahagian
1
Bab 1: Hadith Maudhu’
Bab 1: Hadith Maudhu’
Bab 2: Israiliyyat
Bab 3: Kesan kepada Masyarakat
Bab 4: Kaedah Memperbaiki
Bahagian 2
Kisah 1: Abdul Rahman bin ‘Auf Merangkak Masuk Syurga Disebabkan Terlalu Kaya
Kisah 2: Saidina Umar r.a. Membunuh Anak Perempuan Beliau ketika Zaman Jahiliah
Kisah 3: Wanita yang Berpoligami akan Mendapat Payung Emas di Syurga
Kisah 4: Cerita Palsu Bubur Asyura
Kisah 5: Nabi Adam a.s. dan Hawa dengan Pokok Khuldi
Kisah 6: Kayu Kokka dan Bahtera Nabi Nuh a.s.
Kisah 7: Telaga Zam-Zam Terhasil daripada Hentakan Kaki Nabi Ismail a.s.
Kisah 8: Haram Melihat Kemaluan Suami ataupun Isteri ketika Jimak kerana Zuriat akan Mewarisi Penyakit Buta
Kisah 9: Rejab Bulan Allah s.w.t., Syaaban Bulanku, Ramadhan Bulan Umatku
Kisah 10: Bahasa Penduduk Syurga adalah Bahasa Arab
Kisah 11: Menuntut Ilmu dari dalam Buaian Sehingga ke Liang Lahad
Kisah 12: Sesiapa yang Tidak Menziarahi Makam Nabi Muhammad s.a.w., Dia Bukan dalam Kalangan Umatku
Kisah 13: Sa’labah, Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang Tidak Membayar Zakat
Kisah 14: Talak Boleh Menggoncangkan Arasy Allah s.w.t.
Kisah 15: Hindun Memamah Hati Sidina Hamzah
Kisah 16: Hajarul Aswad Sebagai Wakil Tangan Allah s.w.t. di Muka Bumi
Kisah 17: Gabenor Hajjaj Seorang yang Jahat
Kisah 18: Cincin Nabi Sulaiman a.s.
Kisah 19: Al-Qamah yang Derhaka kepada Ibunya
Kisah 20: Ruh Orang yang Sudah Meninggal akan Kembali Menziarahi Kaum Kerabat
Kisah 21: Cerita Palsu dalam Kisah Nabi Daud a.s.
Kisah 22: Ukasyah yang Ingin Memukul Nabi Muhammad s.a.w. sebelum Baginda Wafat
Kisah 23: Wanita Bongkok Menandakan Umur Dunia Semakin Tua
Kisah 24: Fadhilat Setiap Malam Solat Terawih
Kisah 25: Zulkarnain Bukan Alexander The Great
Kisah 26: Anak Hasil Zina Tidak Masuk Syurga
Kisah 27: Sejarah Terciptanya Rokok
Kisah 28: Biawak Beriman
Kisah 29: Kepalsuan Ucapan Ummati Ummati (Umatku) di Akhir Hayat Baginda s.a.w.
Kisah 30: Kepalsuan Fadhilat Memotong Kuku
Kisah 31: Bilangan Nabi dan Rasul Seramai 124,000 Orang
Kisah 32: Wanita Menyediakan Rotan untuk Suami Memukulnya Sekiranya Dia Tersalah
Kisah 33: Kunyah 40 Kali apabila Makan
Kisah 34: Jangan Baring ketika Azan kerana Mayat Akan Menjadi Berat
Kisah 35: Merasa Sedikit Garam sebelum Makan
Kisah 36: Allah s.w.t. Bertemu Nabi Ibrahim a.s.
Kisah 37: Nabi Harun a.s. Pencipta Patung Berhala untuk Disembah
Kisah 38: Kepala Nabi Adam a.s. Mencecah Langit
Kisah 39: Peristiwa Pelik dalam Israk dan Mikraj
Kisah 40: Makan Buah Tembikai Supaya Mendapat Anak yang Cantik
No comments:
Post a Comment