A. Fuadi nama yang ringkas tapi cukup
kuat.
Mengimbau kembali kali pertama aku melihat
nama penulis ini di Book Garden, aku terhenti di depan buku beliau kerana dua
perkara; nama pengarang dan nama bukunya.
Lambakan buku di pasaran boleh membuat
pembaca rambang mata atau mati kutu untuk memilih karya yang menarik.
Jadi, ada apa pada nama?
Dalam bidang penulisan nama pena merupakan
imej bagi seorang penulis. Ia merupakan
pandangan pertama pembaca. Penulis akan
dinilai karakternya dan kualiti penulisannya daripada nama yang dibawa.
Genre penulisan juga haruslah bersesuaian
dengan nama pena penulis.
Misalannya, Alison Potter menggunakan nama
pena Ali Knight bagi novel thriller beliau.
Alasannya, nama sebenar beliau kedengaran membosankan dan tiada elemen “thriller”. (Ali Knight)
Penulis terkenal siri Harry Potter juga disarankan
agar tidak menggunakan nama sebenar beliau iaitu Joanne Rowling sebagai nama
pena.
Kenapa?
Target reader bagi buku J.K. Rowling
adalah remaja lelaki. Dikhuatiri mereka
kurang berminat untuk membaca kisah pengembaraan remaja lelaki yang ditulis
oleh seorang wanita.
Oleh itu, pemilihan nama amatlah penting
dalam bidang penulisan. Berbalik kepada
A. Fuadi, beliau merupakan penulis bagi 3 buah buku bestseller. Nama pena beliau
merupakan singkatan daripada nama asal beliau, “Ahmad Fuadi”.
Cuba anda sebutkan dengan jelas dan kuat
kedua- dua nama beliau:
“A. Fuadi”
“Ahmad
Fuadi”
Dapatkah anda
rasakan perbezaannya? Nama manakah yang
mempunyai pengaruh dan impak yang lebih kuat?
Secara
ringkasnya, buku A. Fuadi mampu menyuntik inspirasi dan memberi motivasi kepada
pembaca. Bukan sekadar nama penulisnya
yang hebat. Karyanya juga begitu.
Sudi-sudikanlah
untuk menilai karya A. Fuadi.
Anda pasti tidak akan kecewa. In shaa Allah
Dapakan salinan anda di http://bit.ly/2d31WG9
No comments:
Post a Comment