Dapatkan buku anda di sini: http://bit.ly/2dRvMgQ
Sinopsis:
Namanya Kugy. Kecil molek, pengkhayal dan berantakan. Dari benaknya, mengalir untaian dongeng indah. Keenan belum pernah bertemu manusia seaneh itu.
...
Namanya Keenan. Cerdas, artistik dan penuh kejutan.Dari tangannya, terlahir lukisan-lukisan magis.Kugy belum pernah bertemu manusia seajaib itu.
...
Dan kini mereka berhadapan di antara hamparan misteri dan rintangan.Akankah dongeng dan lukisan itu bersatu?Akankah hati dan impian mereka bertemu?
Format: Paperback
ISBN-13: 9789675783562
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
Berat (KG): 0.40
Penulis: Dee
Catatan peribadi:
Buku ini pernah aku baca sekitar tahun 2011 atau 2012. Ketika aku masih lagi menuntut di sebuah universiti di utara tanah air. Dibeli sewaktu ekspo di dewan utama.
Jika ingatanku tidak salah, hanya sebuah, ya hanya ada sebuah sahaja buku ini yang kelihatan dalam lambakan novel-novel.
Ia ibarat permata dalam lambakan kaca. Mengamit perhatianku dengan tajuk yang sederhana tapi memikat. Muka hadapan buku yang keanak-anakan. Benar-benar mengingatkanku pada masa lalu. Zaman gemilang kanak-kanak.
Dulu, lama dahulu, kami sering membuat perahu kertas. Lalu, perlahan-lahan kami lepaskan, biar terapung, beralun mengikut rentak halus alunan air bah.
Tidak pernah bertahan bahtera kami. Pastinya karam dipukul bah.
Tidak mengapa. Kami bikin lagi. Biar ada perahu lain yang menongkah samudera.
Buku ini kubeli dengan angan-angan, ada dalamnya, tersimpan kemas, kisah indah anak kecil. Anak kecil yang punya cita dan harapan.
Sungguh, perahu kertas kami adalah bahtera agung penongkah samudera.
Jika dahulu kita tidak pernah mengalah pada keadaan.
Mengapa harus sekarang?
No comments:
Post a Comment