Sunday, 13 November 2016

Fakta atau Auta?

Aiman meneliti satu persatu kertas usang di dalam kotak kasut itu.

Untaian tulisan jawi kemas yang semakin pudar itu diteliti.

"Banyaknya surat Tok?"

"Hurm, dulu-dulu orang tulis suratlah.  Mana ada telefon."

"Susah la macam tu Tok.  Bila tahun nak dapat berita.  Macam sekarang ni ha, kejap je dah tahu apa jadi.  Benda jadi dekat luar negara pun kita boleh tahu."

"Tok tak nak ke telefon bimbit? Aiman boleh belikan."

"Tok mana reti guna.  Telefon rumah kan dah ada."

"Kalau Tok ada telepon pintar boleh la tengok gambar-gambar yang cucu-cucu Tok kongsi.  Kan senang.  Tak adalah Tok ketinggalan."

"Betul ke 'pintar' telefon tu?"

"Iye Tok, sekali 'klik' je kita dah boleh kongsi ilmu.  Tok nak cari ilmu agama pun senang.  Aaa Tok tengok ni 'Fadhilat memotong kuku'. "  Kata Aiman sambil menayangkan skrin telefon pintarnya.

"Tok tak percayalah.  Betul ke sahih hadis-hadis yang orang kongsi dalam apa nama tu Facebook?"

"Hehe.. betul la kot Tok.  Kalau tak betul takkan orang nak Share."

"Ke pakat-pakat main 'klik' je?"

"Tapi Tok, benda macam Facebook ni lah yang bantu orang muda sekarang membaca."

"Itu yang silap.  Ilmu ni kamu kena berguru tahu.  Kalau kamu nak tahu banyak yang orang kongsi tu berita tak sahih."

"Macam mana kita nak tahu sahih ke tidak Tok?  Kita bukannya Ustaz."

"Ni" kata Tok sambil mencapai senaskah buku dari meja sisi katilnya.  "Baca buku ni, '40 kisah palsu tapi masyhur'.  Di dalam buku ni ada dijelaskan tentang kisah-kisah palsu yang orang selalu sebarkan."

"Iya Tok.  Nanti Aiman baca."




Dapatkan buku anda di sini:  http://bit.ly/2g52TkB


SINOPSIS

Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betul pun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.

Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

(Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)

===================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-703-0 
Tarikh Terbit: 19 Oct 2015
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (kg) : 0.26
===================

ISI KANDUNGAN:


Bahagian 1

Bab 1: Hadith Maudhu’

Bab 2: Israiliyyat


Bab 3: Kesan kepada Masyarakat

Bab 4: Kaedah Memperbaiki


Bahagian 2


Kisah 1:  Abdul Rahman bin ‘Auf Merangkak Masuk Syurga Disebabkan Terlalu Kaya


Kisah 2:  Saidina Umar r.a. Membunuh Anak Perempuan Beliau ketika Zaman Jahiliah


Kisah 3:  Wanita yang Berpoligami akan Mendapat Payung Emas di Syurga


Kisah 4: Cerita Palsu Bubur Asyura


Kisah 5:  Nabi Adam a.s. dan Hawa dengan Pokok Khuldi


Kisah 6:  Kayu Kokka dan Bahtera Nabi Nuh a.s.


Kisah 7:  Telaga Zam-Zam Terhasil daripada Hentakan Kaki Nabi Ismail a.s.


Kisah 8:  Haram Melihat Kemaluan Suami ataupun Isteri ketika Jimak kerana Zuriat akan Mewarisi Penyakit Buta


Kisah 9:  Rejab Bulan Allah s.w.t., Syaaban Bulanku, Ramadhan Bulan Umatku


Kisah 10:  Bahasa Penduduk Syurga adalah Bahasa Arab


Kisah 11:  Menuntut Ilmu dari dalam Buaian Sehingga ke Liang Lahad


Kisah 12:  Sesiapa yang Tidak Menziarahi Makam Nabi Muhammad s.a.w., Dia Bukan dalam Kalangan Umatku


Kisah 13:  Sa’labah, Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang Tidak Membayar Zakat


Kisah 14:  Talak Boleh Menggoncangkan Arasy Allah s.w.t.


Kisah 15:  Hindun Memamah Hati Sidina Hamzah


Kisah 16:  Hajarul Aswad Sebagai Wakil Tangan Allah s.w.t. di Muka Bumi


Kisah 17:  Gabenor Hajjaj Seorang yang Jahat


Kisah 18:  Cincin Nabi Sulaiman a.s.


Kisah 19:  Al-Qamah yang Derhaka kepada Ibunya


Kisah 20:  Ruh Orang yang Sudah Meninggal akan Kembali Menziarahi Kaum Kerabat


Kisah 21:  Cerita Palsu dalam Kisah Nabi Daud a.s.


Kisah 22:  Ukasyah yang Ingin Memukul Nabi Muhammad s.a.w. sebelum Baginda Wafat


Kisah 23:  Wanita Bongkok Menandakan Umur Dunia Semakin Tua


Kisah 24:  Fadhilat Setiap Malam Solat Terawih


Kisah 25:  Zulkarnain Bukan Alexander The Great


Kisah 26:  Anak Hasil Zina Tidak Masuk Syurga


Kisah 27:  Sejarah Terciptanya Rokok


Kisah 28:  Biawak Beriman


Kisah 29:  Kepalsuan Ucapan Ummati Ummati (Umatku) di Akhir Hayat Baginda s.a.w.


Kisah 30:  Kepalsuan Fadhilat Memotong Kuku


Kisah 31:  Bilangan Nabi dan Rasul Seramai 124,000 Orang


Kisah 32:  Wanita Menyediakan Rotan untuk Suami Memukulnya Sekiranya Dia Tersalah


Kisah 33:  Kunyah 40 Kali apabila Makan


Kisah 34:  Jangan Baring ketika Azan kerana Mayat Akan Menjadi Berat


Kisah 35:  Merasa Sedikit Garam sebelum Makan


Kisah 36:  Allah s.w.t. Bertemu Nabi Ibrahim a.s.


Kisah 37:  Nabi Harun a.s. Pencipta Patung Berhala untuk Disembah


Kisah 38:  Kepala Nabi Adam a.s. Mencecah Langit


Kisah 39:  Peristiwa Pelik dalam Israk dan Mikraj


Kisah 40:  Makan Buah Tembikai Supaya Mendapat Anak yang Cantik